Tuesday, March 15, 2011

peRsediaAn MemaSuki AlaM RumAhTanGGa.....=)

1. Ketika suami sedang bercakap, dgrlah dgn baik. Diam dan tidak memotong ckpnya.
2. Terima sikap suami dengan syukur, tidak menjawab apabila dimarah dan bersabar ketika hati disakiti kerana kadang2 dia sengaja hendak menguji kita.
3. Cepat bertindak ketika suami berhajatkan sesuatu sekalipun sedang letih. Tegasnya taat kepada kehendak suami kecuali kehendak yang melanggar syariat.
4. memenuhi keperluan suami dengan baik, mengutamakan kehendak suami daripada kehendak anak-anak (disinilah tanda kasih sayang kepada suami). Jika diizinkan bolehlah mendahului kehendak anak-anak atau org lain.
5. Ketika berhadapan dengan suami, eloklah sentiasa berhias, bersihkan mulut, berwangi2 (di dalam rumah) dan berwajah manis.
6. Memuliakan ibu bapa dan keluarga suami.
7. Menjaga ketenteraman hati suami, membantu menyelesaikan masalah suami atau sekurang2nya tunjukkan rasa gembira dan simpati.
8. Menjaga harta suami dgn baik dan jgn mengkhianatinya, menjaga kbrshan dan kekemasan rumah. Menyediakan peralatan mandi atau pakaian sebelum suami ke bilik air.
9. Menghormati suami, berdiri menghantar pemergian suami dan menyambut kepulangannya dengan senyuman.
10. Mesti sama2 merasai perasaan suami ; suka kalau ia suka dan berduka kalau ia berduka, bergurau kalau ia bergurau, tenang kalau ia tenang, dan berhibur tatkala menerima pemberian suami dan tidak memperkecilkannya.
11. Memelihara maruah suami.
12. Memahami suami ; jika dia pemimpin, bantu dia dengan mengambiltahu hal kebajikan anak2buahnya. Hendaklah bersedia dengan apa saja keadaan, kedudukan atau perbuatan suami.
13. Sentiasa mendoakan suami dan tidak menyusahkan suami dengan kehendak peribadi. Sentiasa berakhlak baik dgn suami, tdk bergaduh d depan anak2. Hendaklah membela suami atau keluarga suami jika terfitnah, walaupun hati sendiri yang terluka.
14. Pastikan niat kita melayan suami semata2 mengharapkan keredhaan Allah, semoga suami kuat beribadah, berjuang bersungguh2 pada jln Allah, agar terjalin kasih syg kerana Allah dan mdapat zuriat yg byk dan baik.
15. Hendaklah sentiasa bersikap malu kpd suami.
16. Memelihara kehormatan ketika suami tiada di rumah.
17. Merasa cukup dengan apa yg ada (Qanaah)
18. Selalu bersikap belas kasihan serta merasa takut kepada suami dan sentiasa berasa diri kita yg bersalah.
19. Merasakan suami mempunyai kelebihan. Sabda Rasulullah s.a.w. : "Allah SWT membenci seorang isteri yg tidak berterima kasih kepada suaminya, sedang ia mmg memerlukan suaminya."(Riwayat An Nasa'i)

(Kaunseling Rumah Tangga)

2 comments:

Nasir Hamid said...

INSYALLAH SAYANG....ABG HARAP SEMUANYA AKAN BERJALAN BAIK..LOVE U....

eiYLa_naSiR said...

doakan yg tbaik jak bang...insyaallah..syg akan cb jadi yg tbaik utk abg....

Post a Comment

 

LoVe...Luv....LOve....(*-*)v © 2008. Design By: SkinCorner