Tuesday, December 7, 2010

Merancang Dekorasi Pelamin di Hari Persandingan

Pelamin boleh dianggap sebagai salah satu elemen yang cukup penting ketika melangsungkan majlis perkahwinan. Konsepnya yang pelbagai dan sering berubah mengikut peredaran zaman menjadikan pelamin umpama penyeri penting buat pasangan pengantin.

Ketahui beberapa spesifikasi dalam memilih dan membentuk dekorasi pelamin mengikut keseragaman konsep persandingan yang diimpikan. Perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah :

1. - citarasa pelamin yang diinginkan anda dan pasangan
    - bersesuaian dengan konsep dan tema majlis perkahwinan
    - pemilihan material bagaimana yang diinginkan
    - saiz pelamin mengikut kesesuaian ruang
    - keserasian pelamin bersama busana perkahwinan yang dipakai
    - bajet yang diperuntukkan bagi pelamin

2. Perbincangan bersama antara bakal pengantin dan perancang perkahwinan amat penting dalam membentuk konsep pelamin yang sesuai. Jangan takut untuk mencurahkan idea anda sendiri. Terdapat pelbagai rekaan pelamin yang boleh anda pilih misalnya, rekaan diraja, rekaan taman, rekaan klasik dan rekaan Inggeris.

3. Agar keindahan pelamin lebih menyerlah, pastikan pilihan warna yang dibuat tampak serasi dan bersesuaian. Warna memainkan peranan penting dalam menyerlahkan dekorasi pelamin anda. Jika ingin menyatukan beberapa warna, pastikan kombonasi warnanya saling bertautan antara satu sama lain.

4.  Ruang persandingan memberi impak yang cukup besar terhadap konsep, saiz dan tema pelamin anda. Justeru, sebelum memilih saiz pelamin, perhatikan keluasan ruang untuk membina pelamin. Platform atau latar pelamin perlulah saling bersesuaian bagi mengelakkan pelamin kelihatan sempit dan sarat.

5. Jika ruang bagi membina pelamin tersebut agak terhad, elakkan daripada memasukan elemen-elemen hiasan yang terlalu banyak seperti pahar yang mengandungi bunga telur dan bunga yang terlalu sarat. Ini akan menyebabkan pelamin kelihatan lebih sempit dan berserabut.

6.  Oleh sebab pelamin menjadi ruang bagi anda untuk mengabadikan detik bersejarah, pastikan cahaya yang dipancarkan ke pelamin mencukupi. Kekurangan cahaya hanya akan menyebabkan jurugambar sukar untuk mendapatkan gambar yang cantik. Jika masih kekurangan cahaya semulajadi, dapatkan bantuan daripada pereka pelamin anda untuk menambahkan lampu yang bersesuaian.

7.  Jika anda mempunyai bajet yang agak besar, pilih bunga-bunga segar sebagai hiasan utama pelamin berbanding bunga plastik. Kehadiran bunga-bunga segar ini bukan sahaja menarik di dalam gambar malahan tampak memikat di mata tetamu. Namun pastikan hiasan bunga tidak terlalu sarat atau berlebihan.




Wednesday, December 1, 2010

Resepi BLUEBERRY CHEESE CAKE

Resepi BLUEBERRY CHEESE CAKE


BAHAN DASAR :
•200gm biskut digestive • - dihancurkan
• 50gm gula aising
• 60gm mentega

BAHAN LAPISAN KEJU :
• 500gm krim keju
• 150gm gula
• 120gm yogurt tanpa perisa
• 3 biji telur
• 350gm isi blueberi - 50gm dimasukkan dalam bahan,
•300gm untuk lapisan atas kek

CARA MEMBUATNYA :

1. Campurkan semua bahan dasar lalu digaul sebati.
2. Kemudian tekankan ke dalam loyang untuk dijadikan dasarnya. Ketepikan seketika.
3. Pukul krim keju dan gula sehingga kembang dan lembut. Masukkan yogurt dan pukul sehingga sebati.
4. Pecahkan telur dan masukkan ke dalam adunan krim keju.
5. Tuangkan ke dalam acuan atau loyang lalu dibakar pada suhu 140 darjah Celsius selama 70-85minit.
6. Selepas kek masak, sapukan isi blueberry tadi di atas kek, hiaskan mengikut cita rasa.

Menentukan Warna Tema Majlis Perkahwinan

Warna Tema Perkahwinan

Pemilihan warna tema perkahwinan mempunyai kaitan dengan beberapa perkara. Anda mempunyai kebebasan samada mahu mengaitkan perkara-perkara di bawah dengan warna tema atau pun tidak. Akan tetapi, dengan menyelitkan sedikit sebanyak unsur warna tema anda, pastinya ia akan menghidupkan lagi tema perkahwinan yang anda inginkan.

Antaranya ialah seperti;

1. Busana pengantin
Jika anda bercadang untuk menggunakan warna tema dalam busana pengantin, pastikan kulit anda dan pasangan sesuai dengan warna tersebut. Jika anda sukakan warna oren (yang biasanya agak menyilaukan mata), pastikan pasangan anda tidak terlalu gelap orangnya. Takut-takut orang tak kenal yang mana satu pasangan pengantin anda. (laaa…itu ke orangnya???)Selain tu, tetamu anda juga akan dapat mengetahui warna tema majlis, berdasarkan warna busana pengantin. Daripada trend masa kini, saya melihat warna busana seperti; putih, krim dan silver sesuai untuk apa sahaja jenis warna tema yang anda pilih.

Gabungan 2 warna dalam satu busana juga boleh menyerikan lagi penampilan anda. Tapi, pastikan yang anda telah melihat contoh the real busana terlebih dahulu, sebelum menempah atau menyewanya.

2. Hiasan lokasi
Merangkumi hiasan kanopi atau dewan, hiasan meja, riben pembalut kerusi, bilik tidur, dan lain-lain. Kebiasannya, jika majlis anda mempunyai warna tema, tidak boleh tidak, hiasannya pasti ada kaitan dengan warna tersebut.
  
3. Makanan & minuman
Seperti; Warna icing yang digunakan untuk kek dan cupcakes, sedikit pewarna yang digunakan untuk hidangan nasi, minuman berwarna biru (untuk majlis bertemakan biru) dll

4. Hantaran & Cenderahati perkahwinan
Hiasan hantaran, beg cenderahati tetamu, kotak atau bekas meletakkan cenderahati, dan mungkin cenderahati itu sendiri mempunyai unsur warna tema.

5. Baju pengapit pengantin & ahli keluarga
Baju mereka tidak seharusnya sama dengan pengantin, kerana ia boleh menenggelamkan keserian pengantin. Contoh yang mungkin boleh digunakan, jika warna tema ialah pink. Pengantin boleh gunakan warna pink gelap, manakala ahli keluarga mengenakan pink cerah.Atau, mereka juga boleh mengenakan warna tema kedua seperti; jika warna temanya hijau dan krim, pengantin hijau, pengapit dan ahli keluarga mengenakan pakaian krim.

6. Bunga
Warna bunga yang digunakan untuk hiasan dewan, hiasan meja, pintu gerbang, bunga manggar dsb.

7. Kad jemputan
Ia jarang dilakukan lagi pada masa sekarang. Tetapi tidak salah jika anda ingin memberikan gambaran warna tema kepada para jemputan sebelum mereka datang ke majlis anda.

Sebagaimana yang telah saya katakan sebelum ini, anda tidak perlu menggunakan warna tema dalam semua perkara di atas. Andaikata warna yang sama digunakan untuk terlalu banyak benda, majlis anda akan kelihatan suram dan kurang berseri.

Adakalanya, gabungan 2 atau 3 warna tema dapat menyerikan lagi majlis anda. Pastikan anda sudah membuat research terlebih dahulu sebelum membuat pemilihan warna tema, memandangkan ia mempunyai kaitan dengan banyak perkara.

senarai semak perkahwinan untuk bakal pengantin

12 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Memilih tarikh untuk majlis pernikahan dan persandingan
  • Memilih lokasi majlis, waktu jamuan dan tempahan makanan
  • Menentukan gaya serta tema majlis persandingan
  • Mengaturkan bajet
  • Memilih perancang majlis perkahwinan yang terbaik dan mengikut kemampuan anda
  • Mengumpul nama tetamu
  • Memilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis
  • Memilih cincin pernikahan
  • Memilih kek pengantin
  • Memesan cenderahati untuk tetamu

5 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Menyelesaikan semua urusan persandingan(membayar deposit, pergi memilih dan mencuba kelengkapan pakaian).
  • Memilih dan menentukan semua kelengkapan perkahwinan (kad undangan, kek perkahwinan, bunga tangan, jurugambar, jurusolek dan lain-lain)
  • Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam
  • Menghubungi saksi pernikahan
  • Membuat rawatan ke spa

2 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Menyenaraikan nama tetamu
  • Membuat perancangan majlis bersama pengacara majlis
  • Merencanakan bulan madu
  • Mengaturkan tempat tinggal saudara yang datang dari jauh
  • Memastikan rawatan spa secara intensif
  • Memastikan bunga telur dan cenderahati yang telah ditempah siap
  • Memastikan ukuran baju anda sesuai dengan bentuk tubuh anda dan pasangan

SEBULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Mula mengirim kad undangan untuk saudara jauh
  • Memastikan cincin anda dalam ukuran yang betul
  • Berbincang dengan jurufoto konsep gambar yang anda inginkan
  • Menempah penginapan untuk percutian bulan madu
  • Memastikan semua keperluan majlis perkahwinan, persandingan dan resepsi lengkap
  • Memilih muzik atau lagu ketika majlis perkahwinan berlangsung
 

LoVe...Luv....LOve....(*-*)v © 2008. Design By: SkinCorner